Latest Articles

Sunday, July 31, 2016


Siri Dynamic Mentoring atau DM takkan berakhir. Kali ini, DM 2.0 diadakan untuk membentuk adik-adik menjadi seorang pemimpin yang memiliki sifat-sifat berdasarkan Rasulullah, dan tokoh-tokoh Islam yang lain.


Assalamu'alaikum semua.

Alhamdulillah. Kali ni, program Dynamic Mentoring Part 2 bertemakan 'We are Young Khalifah', dilaksanakan oleh Sendi Club bersama para mentee, mentor dan komiti, takkan lupa atas sokongan ibubapa dan guru-guru sekolah, sudah akhir dengan jayanya.

Program kali ini diadakan di Coliseum of Kulliyyah of Engineering, di UIAM Kampus Gombak, pada Sabtu yang lalu, 30 Julai, bermula pada 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Fokus program ini adalah untuk menyemai kualiti seorang pemimpin dalam diri adik-adik. Moga mesej daripada setiap sesi, dapat adik-adik serapkan.


Tak kenal maka tak cinta, guys. Ta'aruf sangat penting. Fungsi ta'aruf ni bukan sekadar kenal mengenali member sekumpulan bersama, tapi melalui abang dan kakak mentor Sendi Club, adik-adik didedahkan serba sedikit mengenai pengisian program ni, supaya mereka lebih bermotivasi dan bersedia, menempuh ujian/games disajikan untuk adik-adik ni, seperti 'Pemimpin Buta', 'Shape of Hearts' dan sebagainya.




Berikut merupakan gambaran apa yang berlaku pada hari tersebut:

Ini game 'Shape of Heart', tujuannya untuk membentuk kreativiti, integriti, dan kepekaan adik-adik. Pemimpin pun kena kreatif, untuk membuat keputusan yang spontan tapi efektif.
Game yang ni memerlukan kerjasama daripada ahli kumpulan, memimpin 'Si Pemimpin Buta'. Daripada game ini, adik-adik dapat belajar yang pengikut juga memainkan peranan untuk membentuk seorang pemimpin. Jadilah seorang pemimpin dan pengikut yang bagus ya.
Game terakhir sangat mencabar. Adik-adik kena fikir dan membuat keputusan andai kata suatu hari bumi akan musnah, dan hanya 5 individu boleh dimuatkan dalam sebuah roket ke planet Marikh untuk membina kehidupan baru di sana. Jadi, adik-adik kena membentangkan jawapan mereka di hadapan ramai.
Cuma kali ini, ada sesi Q & A. Abang komiti bertalu-talu bagi soalan cepumas untuk adik-adik. Tujuannya adalah supaya adik-adik dapat memikir idea secara sepontan. Seorang pemimpin perlu bijak membuat keputusan yang terbaik, dalam mana-mana situasi, termasuklah situasi yang penting, atau dalam urusan segera.
Sudah semestinya acara terakhir adalah penyampaian hadiah. Bak kata pemenang Akademi Fantasia 1, Vince, "semua pemenang, tiada pengalah" So, guys, don't give up. Keep it up.


Akhir kata, yang baik datang daripada, dan segala kekurangan datang daripada pihak kami, jadi minta halal heheh. Terima kasih semua sudi luangkan masa, pagi raya bersama Sendi Club <3 p="">

Jumpa pada masa yang akan datang, ya <333 p="">
Continue reading

Sunday, May 15, 2016


"Adik-adik, Sendi Cluuub?"
Dengan semangat jitunya, adik-adik yang hanya berbeza pada nama sekolah, jerit sekuat-kuatnya,
"DEKAAAT DI HATI!!!"

Assalamu'alaikum, semua! 
Meh, nak kongsikan sedikit apa yang kami hadiahkan untuk adik-adik semua pada bulan Mei heheh. Ilmu berkenaan dengan ibadah dan akhlak sahsiah nilainya tiada bandingnya. Sebenarnya, ilmu ni, asalkan manfaatnya baik, sememangnya tak ternilai. Jadi, kami hadiahkan adik-adik ni dua hari bersama kami di UIAM, luangkan masa belajar serba sedikit mengenai ibadah dan pada masa yang sama, menyemai akhlak islamiyah yang perlu setiap muslim dan muslimah ada untuk berjaya. 

Alhamdulillah, Sendi Club Ibadah Camp telah diadakan pada 7 & 8 Mei (Sabtu & Ahad), selama 2 hari, 1 malam bertempat di Kulliyyah Economics & Management Sciences, UIAM Kampus Gombak, bersama dengan adik-adik yang datang daripada 3 sekolah berlainan: SK Sentul 1, SK Sentul 2 & SK Batu Muda.

Daripada program ini, adik-adik dapat belajar mengenai solat, wudhu seta ibadah sunat yang lain, secara menyeluruh: daripada sesi teori, sesi tasmi' bacaan, sesi praktikal, selain dapat memperbaiki akhlak sepanjang program.




Mula-mula, semestinya ta'aruf dahulu, pada hari pertama. Mereka dibahagikan mengikut nama tokoh-tokoh Islam, selain Khulafa ar-Rashidin, seperti Khalid al-Walid. Kemudian, adik-adik disajikan games yang menarik, untuk menguji kepekaan dan integriti mereka. Sesi petang untuk hari pertama hanya sebagai warm-up, tujuannya nak adik-adik selesa bersama kawan-kawan dan akak abang yang bersama-sama dengan mereka pada masa itu, tak kiralah para mentor atau komiti.



Solat ditunaikan secara berjemaah. Masa menunggu antara solat Maghrib dan 'Isyaa, masa itulah abang-abang memberi tazkirah, adik-adik juga diberi peluang untuk kongsikan ilmu mereka.



Malam tersebut diakhiri dengan sesi belajar berwudhu dan solat bersama abang dan kakak Sendi Club. Adik-adik dapat tengok sendiri cara betul dan salah, juga fadhilat melakukan perkara-perkara sunat ketika berwudhu dan solat. Esoknya, selepas bangun Qiyamullail, solat Subuh berjemaah, dan tazkirah selepas Subuh, adik-adik kena tasmi' doa qunut, doa dibacakan ketika Solat Subuh, selepas iktidal rakaat kedua. Lagi cepat adik-adik berjaya tasmi' dengan lancar, lagi cepat makan. Haaa, ini memerlukan kerjasama kawan-kawan, kalau kita bantu kawan kita hafal dan tasmi' bersama, lagi cepat kita berjaya bacakan doa qunut bersama. Susah dan senang bersama.



Selepas berjaya siapkan bahan untuk agenda terakhir untuk hari kedua Sendi Club Ibadah Camp 2016, adik-adik akan melakukan senaman ringan dulu, sebelum game Explorace bermula.




A video posted by SENDI CLUB (@sendiclubiium) on


Ni bukan demo tau, tapi, yang ni mereka betul-betul menunakan solat Dhuha berjemaah.
Adik-adik sedang mengenal pasti susunan untuk rukun solat.

Dah penat-penat jelajah satu kulliyah untuk game eksplorace, adik-adik bolehlah berehat sebentar dengan minum pagi, kemudian, bersiap sedia, untuk agenda terakhir yang menguji keberanian adik membentangkan idea: presentation; mereka dikehendaki membentangkan kisah tokoh-tokoh Islam, mengikut kumpulan masing-masing, dibantu oleh para mentor yang hebat heheh.

Sebelum presentation, adik-adik diminta untuk sampaikan cheer kumpulan masing-masing.
Kemudian, baru present, bentangkan segala yang ditulis awal pagi tadi.

Akhir sekali, tibanya masa penyampaian hadiah. Sebelum berpisah, adik-adik bersama abang dan kakak Sendi Club menyanyikan lagu tema untuk program tersebut, iaitu, Sahabat.


Harapnya, adik-adik dapat manfaatkan segala ilmu yang diterima ya melalui program ni.
Terima kasih kepada semuaaa yang terlibat, adik-adik, abang dan akak mentor dan komiti yang berdedikasi, ibu bapa, guru-guru yang sudi hantar adik-adik ini meluangkan masa bersama <3 span="">
Sendi Club Dekat Di Hati <3 span="">
Continue reading

Sunday, April 17, 2016

Assalamu'alaikum, semuaaa! 

Adik-adik, Sendi-ans semua sihat? Sekarang jerebu macam dah datang, jadi harap semua sentiasa bekalkan diri dengan air yang mencukupi, jaga kesihatan, okay? Akak dan abang di sini tak mahu adik-adik sakit, baru seronok nanti dapat join aktiviti Sendi Club akan datang kalau sihat 100%!


Tengok macam adik-adik atas ni! Semuanya, Alhamdulillah sihat. Dapat join satu hari bersama Sendi Club untuk program "Dynamic Mentoring 1" bertemakan 'Ukhuwah Fillah', pada Sabtu, 16hb April, 2016, bertempat di Edu Square, Kulliyyah of Education, UIAM Kampus Gombak.

Apa itu ukhuwah fillah? Tema ini merujuk kepada hubungan kita sesama saudara seagama, tak kira, antara dengan sahabat kita, jiran sebelah rumah, ahli keluarga sendiri, guru-guru di sekolah, saudara seagama dengan kita yang kita mungkin selalu jumpa apabila menunaikan solat berjemaah bersama; hubungan yang terjalin ini diperkuat kerana Allah, kerana agama kita sayang saudara seagama dengan kita.

Jadi aktiviti disediakan adalah untuk menunjukkan betapa pentingnya penjagaan ukhuwah sesama saudara. Moga adik-adik dapatlah terima mesej dan aplikasikan sepanjang hidup, melalui program ini. In shaa Allah.


Bersenam dahulu sebelum modul lain diteruskan. Kang terbelit sendi kalau tak warm-up betul-betul, dah boleh jadi ahli tetap Sendi Club kang.


Untuk salah satu modul, 'Slot Cekerama @ SendiTV', para mentees dikehendaki berlakon mengikut situasi yang diberikan oleh akak dan abang komiti program ini. Haaa...adik ni dah boleh berlakon terus untuk TV3, dramatik sangat gayanya.
 

Dalam slot terakhir ini, adik-adik diberi peluang menunjukkan kreativiti masing-masing.
Begitulah program kedua untuk adik-adik kita daripada SK Sentul 1, SK Sentul 2 & SK Batu Muda. Seronok tengok masing-masing masih lagi mengenali antara satu sama lain, selepas program Mahabbah Day. Moga ukhuwah yang terjalin antara adik-adik ni, walaupun daripada sekolah yang berlainan, dapat kekal hingga ke Jannah. Amiiin, In shaa Allah.


Hingga berjumpa lagi di program seterusnyaaa! Sendi Club Ibadah Camp!!!
Meh adik-adik, jemput semua untuk belajar cara-cara beribadat bersama akak-akak dan abang-abang Sendi Club. 





Tak rugi, dik, siap dapat bermalam di UIA lagi! Jumpa 7 & 8 Mei nanti, yaaa!
Wassalamu'alaikum !!!
Continue reading

Sunday, April 3, 2016

Assalamu'alaikum & hai ~!

Harapnya semua sihat dan masih simpan Sendi Club dalam hati masing-masing. Heheh :p Jom kita buat #throwbackSENDI2K16, walaupun terlalu awal untuk mengimbas kembali apa yang telah terjadi sepanjang bulan April.

Terdapat 2 aktiviti yang dianjurkan oleh Sendi Club untuk adik-adik sekolah kita, haaa...ada tiga sekolah sebenarnya yang berada dalam jagaan akak-akak dan abang-abang Sendi kita: SK Batu Muda, SK Sentul 1 daaan SK Sentul 2.

Jadi, aktiviti pertama Sendi Club bersama dengan adik-adik adalah Sendi Club Mahabbah Day! The event was organized at Main Auditorium, Kulliyyah of Engineering, IIUM Gombak, on 2nd of April, 2016 (Saturday). It was held to introduce SENDI Club to all, share the past experiences and activities we have done throughout the previous years as well as the club's future plans, besides to enhance the relationship established between the students as our beloved mentees, their teachers and parents, also our high-spirited mentors!!!

Alhamdulillah, everything went well. They had so much fun with all the games provided by the club's organizing committees.

Naib Presiden 1 Sendi Club, Mohamad Amsyar bersama dengan tetamu kehormat, daripada SK Sentul 2.

Perasmian majlis dan acara atas ini menunjukkan persetujuan daripada 3 buah sekolah untuk bekerjasama dengan Sendi Club buat sepanjang tahun ini, 2016. In shaa Allah, semuanya akan berjalan dengan lancar dengan izin-Nya.

Warm-up dulu adik-adik, ibu ayah, dan cikgu-cikgu sekalian sebelum kita meneruskan ke agenda seterusnya.
Sesi memperkenalkan kelab Sendi kepada para guru & ibu bapa oleh Naib Presiden 1 kelab kita, Bro. Amsyar.


Sementara ibu bapa dan ara guru sedang fokus dalam sesi soal jawab bersama Sendi Club, adik-adik pada masa itu sedang bertungkus-lumus membina bangunan moden dan mesra alam mereka dalam sesi Jurutera Cilik.



Adik-adik diberi peluang untuk memperkenalkan bangunan ciptaan mereka tadi, kepada semua. Semua dapat peluang berucap di hadapan.


Acara berakhir dengan sesi bergambar setiap ahli kumpulan yang berjaya bersama kami, Sendi Club hingga ke akhirnya.
Sekian sahaja untuk hari ini yang penuh dengan kemeriahan. With love;


Belum lagi berakhir #throwbackSENDI2K16!

Selepas berakhirnya Mahabbah Day, ada lagi satu aktiviti penting! Kenapa aktiviti itu penting? Sebab daripada aktiviti tersebut, kita dapat menjana pendapatan untuk kelab. Haaa...Sendi Club management board led by Bureau of Sponsorship & Entrepreneurship had joined EduFest, and opened a booth from 4th to 8th April, 2016, which selling Sendi Club signature green tea at only RM 3.00 with veryyyy large cup, and delicious brownies and moist chocolate cake. Bolehlah panggil booth kitorang kedai 3 ringgit, sebab almost the goods sold were around that price, haaa, except aiskrim Malaysia perisa jeli sumi-sumi tu sold at RM 1 only. 






Kami dapat respon yang positif daripada pelanggan. Siap ada pelanggan tetap tau. In shaa Allah, masa  akan datang, kami datang lagi, join mana-mana fest. 
Meh, nak belanja gambar hari kejadian tuu.







Habis penat jual, kami sangat excited untuk Bonding Day di Taman Layang-Layang, Kepong! Hari ini untuk merapatkan lagi ukhuwah antara ahli-ahli Sendi Club yang juga antaranya ahli pihak pengurusan kelab, para mentor dan juga ahli-ahli aktif lain yang turut menyumbang membangunkan Sendi. Ya,  hidup Sendi Club!




Thank youuu for willingly to spend your weekend with us, SENDI Club. Till we meet again in the next event, Dynamic Mentoring 1 on 16/4, in shaa Allah. Wassallamu'alaikum.
Continue reading