Let's Be Someone Who Matters

Assalamu'alaikum, Sendi-ans & adik-adik semua.

Sebelum labuhnya tirai bulan Mac, satu lagi aktiviti yang dianjurkan oleh Sendi Club khusus untuk bakal mentor-mentor yang akan dilatih dengan efektifnya, supaya dapat memberi bimbingan yang terbaik untuk adik-adik kita. Aktiviti tersebut adalah  "Training of Trainers", dianjurkan pada hari Sabtu, 12hb Mac, 2016. 

Terdapat dua sesi: (1) sesi perkongsian ilmu dan pengalaman bersama Abang Hafifi daripada Unit Kaunseling UIAM, Kampus Gombak - Dalam sesi ini, bakal-bakal mentor belajar bagaimana untuk menjadi seorang fasilitator yang efektif dan kemampuan mereka membina modul untuk para mentee. 


Salah satu modul diperkenalkan oleh Abang Hafifi " Telur > Katak > Ular > Raja "

Slot kedua (2) berlaku pada waktu petang, di mana bakal-bakal mentor akan diuji minda mereka melalui eksplorasi yang direka khas oleh komiti program. Slot ini juga mendedahkan kepada bakal-bakal mentor bagaimana modul atau aktiviti untuk para mentee kita yang juga merupakan pelajar sekolah rendah, akan dilaksanakan.




Program diakhir dengan penyampaian hadiah untuk setiap peserta yang sudi meluangkan masa minggu mereka demi Sendi Club. Terima kasih semuaaaaaaaaaaaa.








Bulan Mac untuk Sendi Club diakhiri dengan program ini. Itu sahaja update kali ini. Take care, semuaaa & Wassalamu'alaikum (:



No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.