The Rise of Young Khulafa


Siri Dynamic Mentoring atau DM takkan berakhir. Kali ini, DM 2.0 diadakan untuk membentuk adik-adik menjadi seorang pemimpin yang memiliki sifat-sifat berdasarkan Rasulullah, dan tokoh-tokoh Islam yang lain.


Assalamu'alaikum semua.

Alhamdulillah. Kali ni, program Dynamic Mentoring Part 2 bertemakan 'We are Young Khalifah', dilaksanakan oleh Sendi Club bersama para mentee, mentor dan komiti, takkan lupa atas sokongan ibubapa dan guru-guru sekolah, sudah akhir dengan jayanya.

Program kali ini diadakan di Coliseum of Kulliyyah of Engineering, di UIAM Kampus Gombak, pada Sabtu yang lalu, 30 Julai, bermula pada 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Fokus program ini adalah untuk menyemai kualiti seorang pemimpin dalam diri adik-adik. Moga mesej daripada setiap sesi, dapat adik-adik serapkan.


Tak kenal maka tak cinta, guys. Ta'aruf sangat penting. Fungsi ta'aruf ni bukan sekadar kenal mengenali member sekumpulan bersama, tapi melalui abang dan kakak mentor Sendi Club, adik-adik didedahkan serba sedikit mengenai pengisian program ni, supaya mereka lebih bermotivasi dan bersedia, menempuh ujian/games disajikan untuk adik-adik ni, seperti 'Pemimpin Buta', 'Shape of Hearts' dan sebagainya.




Berikut merupakan gambaran apa yang berlaku pada hari tersebut:

Ini game 'Shape of Heart', tujuannya untuk membentuk kreativiti, integriti, dan kepekaan adik-adik. Pemimpin pun kena kreatif, untuk membuat keputusan yang spontan tapi efektif.
Game yang ni memerlukan kerjasama daripada ahli kumpulan, memimpin 'Si Pemimpin Buta'. Daripada game ini, adik-adik dapat belajar yang pengikut juga memainkan peranan untuk membentuk seorang pemimpin. Jadilah seorang pemimpin dan pengikut yang bagus ya.
Game terakhir sangat mencabar. Adik-adik kena fikir dan membuat keputusan andai kata suatu hari bumi akan musnah, dan hanya 5 individu boleh dimuatkan dalam sebuah roket ke planet Marikh untuk membina kehidupan baru di sana. Jadi, adik-adik kena membentangkan jawapan mereka di hadapan ramai.
Cuma kali ini, ada sesi Q & A. Abang komiti bertalu-talu bagi soalan cepumas untuk adik-adik. Tujuannya adalah supaya adik-adik dapat memikir idea secara sepontan. Seorang pemimpin perlu bijak membuat keputusan yang terbaik, dalam mana-mana situasi, termasuklah situasi yang penting, atau dalam urusan segera.
Sudah semestinya acara terakhir adalah penyampaian hadiah. Bak kata pemenang Akademi Fantasia 1, Vince, "semua pemenang, tiada pengalah" So, guys, don't give up. Keep it up.


Akhir kata, yang baik datang daripada, dan segala kekurangan datang daripada pihak kami, jadi minta halal heheh. Terima kasih semua sudi luangkan masa, pagi raya bersama Sendi Club <3 p="">

Jumpa pada masa yang akan datang, ya <333 p="">

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.